CERITA PASANG SIAP. BANYAK SILAPNYA.
ALI seorang budak yang nakal. Setiap hari, sentiasa membuatkan ibu dan ayahnya menggeleng kepala melihat sikap dan tingkahlakunya. Saban hari, minggu dan bulan pasti ada orang yang mengomel akan sikap Ali. Bagi Ali, tiada siapa yang dia perlu pedulikan, janji dia bahagia. Usia muda kanak-kanak sememangnya tidak kenal akan usaha jerih dan nasihat orang-orang tua. Pernah satu hari, bukan sahaja dia 'menentang' orang kampung, tetapi orang tua sendiri.
Ibunya berasa hati dengan sikapnya. Pernah Ali mempersoalkan kenapa dia menjadi seolah-seolah 'kuli' kepada ibu dan ayahnya. Sudahlah zaman tersebut, tiada kereta, basikal untuk dimiliki oleh insan yang hidup serba kekurangan. Suruh ke kedai, ada sahaja alasan. Suruh menolong ke kebun, dikatanya menyekat bermain dengan kawan-kawan.
Kini, Ali sudah remaja. Dia baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah. Keputusan yang diperolehi membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ali mendesak ibu dan ayahnya supaya mencari duit. Demi anak tunggal, si ibu dan ayah kerja siang malam mencari duit. Nanti takut anak mereka merajuk. Demi anak, apa sahaja sanggup dibuat. Ali tetap seperti dahulu. Tidak pernah ingin membantu orang tuanya. Apatah lagi jimatkan duit yang. Ada sahaja permintaan setiap hari dari Ali untuk meminta duit dari ayahnya. Sikap ini terus menerus berlarutan.
Di luar negara, Ali berlagak seperti anak orang kaya. Malaysia ditinggalkan tanpa ingat insan yang mengharap kepulangan Ali nanti. Setiap hari, kehidupan barat meresapi dalam diri Ali. Sehingga satu hari, ada sesuatu yang membuatkan Ali berubah. Ali memasuki rumah Malaysia dan terlihat satu ceramah yang membangkitkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia luar negara. Ada sesuatu dalam isi ceramah tersebut yang membuatkan Ali berfikir lama. Pengorbanan yang disebut oleh penceramah tadi seolah-olah mengingat semula atas pengorbanan orang tuanya mencari duit untuk kepentingan dirinya.
Sehingga satu hari, Ali berhajat pulang ke Malaysia. Bersama meraikan kejayaan Malaysia mencapai kemerdekaan. Janji Ali ingin meminta maaf dan restu dari ayah dan ibunya. Sampai di Airport, Ali mencari kelibat ayah dan ibunya. Tetapi yang ada hanyalah Pak Long. Ali bertanya kepada Pak Long, di mana ibu dan ayahnya. Pak Long hanya menjawab pulang dahulu ke rumah.
Di rumah, sanak saudara Ali sudah berkumpul. Seperti menyambut kepulangan wira Malaysia yang akan berbakti kepada bangsa Malaysia kelak. Ali terus bertanya di mana kedua orang tuanya. Ali dihidangkan makanan. Pertanyaan yang tidak dijawab terus ditanya kepada Mak Langnya pula. Mak Langnya hanya meminta Ali menghabiskan makanannya dahulu.
Seusai makan, Ali diajak ke ruang tamu. Kelihatan Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang duduk di kusyen yang sudah nampak usang. Mereka seolah menyusun kata.
"Cuba Ali lihat, siapa yang tiada bersama dengan kita?" Lemah pertanyaan Pak Long.
Ali seperti sudah menduga. Dilihatnya Mak Lang sudah tunduk dan perlahan-lahan mengalirkan titisan air mata. Ali kuatkan semangat.
"Ibu dan ayah.." Jawab Ali.
"Begini, harap kita semua bertenang dan Ali tidak berasa menyesal. Ibu dan ayahmu sudah tiada..." Pak Lang meneruskan kata tersebut.
Seperti di panah petir, hati Ali bergocak. Air mata sudah mengalir dan semakin laju turun dari kelopak mata. Hajat Ali tidak kesampaian ingin meminta maaf. Perasaan menyesal terus bersarang di dalam diri Ali. Ali tidak dapat menahan kesedihan, dipeluknya oleh Mak Lang dan hadirin yang bertamu, seperti satu irama, mengalunkan kesedihan yang ditanggung oleh Ali.
Kini, sudah 50 tahun Ibu dan Ayahnya meninggal dunia. Jasa mereka Ali belum terbalas oleh Ali. Perasaan sentiasa menghimpit perasaan apabila tiba detik 31 Ogos. Pengorbanan untuk melihat dia berjaya seolah-olah seperti wira negara yang inginkan Malaysia di isi dengan rakyat yang berilmu dan berjasa kepada negara. Kini Ali menumpahkan setia dan jasanya kepada Malaysia.