50 Tahun Merdeka: Rakyat Malaysia Lebih Teruk Dari Binatang?
KURANG sebulan Malaysia akan menyambut Jubli Perak 50 Tahun Kemerdekaan. Rupanya sudah 50 tahun usia negara kita. Jika dibandingkan dengan usia manusia, mereka ada yang bermenantu, bercucu dan tidak lama lagi akan pencen! Bila sudah matang begini, maka orang dibawah dilihat mesti matang, perwatakan tidak boleh ketika usia remaja apatahlagi ketik kanak-kanak. Maka pemikiran rakyat Malaysia sepatutnya tidak kembali ke belakang. Bak kata satu iklan merdeka petronas, kita mesti pandang ke hadapan, bukan ke belakang. Hakikatnya, pemikiran sebilangan penduduk Malaysia sudah kembali seperti zaman purba lama.
Jenayah melibatkan orang Malaysia seakan menakutkan. Bukan takut orang yang tidak dikenali, tetapi orang yang rapat, saudara, anak, ibu, kakak, abang atau bapa kini seakan tidak boleh dipercayai. Lihatlah beberapa kes, suami cekik isteri sampai mati, kenalan bunuh kawan rapat, jiran bunuh jiran, datuk merogol cucu, anak kelar ibu, ayah bunuh anak dan pelbagai kes yang saban hari kita mendengarnya. Hatta berasa takut untuk mempercayai manusia lagi. Hanya Allah tempat bergantung. Jika kita lihat, binatang garang dan terkenal dengan bahayanya juga menyayangi anak binatang tersebut. Harimau akan sentiasa menjaga anaknya sehingga dewasa. Memastikan keselamatan anak-anak harimau terjaga dari dibunuh oleh binatang lain. Tetapi masih ada manusia yang lebih teruk dari sikap binatang ini. Di mana kita meletakkan harga diri kita? Tanya dan fikirkan semasak-masaknya, adakah kita layak dipanggil khalifah yang ditugaskan menjaga keamanan, kasih-sayang di muka bumi ini. Salam Merdeka untuk Anda!
Posted at 08:48 pm by techno_daie