KITA pernah digemparkan dengan kehilangan kanak lelaki, Yin yang hilang ketika berada di kompleks membeli-belah SOGO. Kali ini, negara gempar lagi dengan kehilangan seorang kanak perempuan, Nurin Jazlin. Lebih malang, semalam berita memaparkan mayat yang dijumpai 17 September lalu adalah mayat Nurin. Ibu bapa kanak malang tersebut, mengatakan itu bukanlah anak mereka, Nurin. Tetapi ujian sains telah membuktikan kanak-kanak tersebut ada kaitan dengan Jazimin dan isterinya.
Kita doalah moga-moga negara kita akan selamat diduduki. Sebab itu, peranan kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan pihak berkuasa amat penting bagi memastikan rakyat Malaysia tidak takut berada di negara sendiri. Jika keadaan ini berlarutan, mungkin ramai kalangan kita yang menghantar anak mereka ke luar negara dan kemungkinan juga ada yang akan berhijrah jika keadaan negara kita belum selamat.
Baik bagi kanak-kanak, perempuan, lelaki, tua dan muda, penjenayah tidak mengenal status, yang mereka tahu, nafsu dan keinginan dilepaskan dengan begitu kejam. Polis boleh bertindak dengan adanya Cawangan Khas yang boleh membantu meringankan Unit Polis yang lain dan sekarang masanya kita pastikan negara Malaysia benar-benar selamat dan merdeka dari ancaman jenayah.
Al Fatihah.
