[FriendsterKit.com] Click here to get one


Friday, September 21, 2007
Pembunuh Yang Kejam.

KITA pernah digemparkan dengan kehilangan kanak lelaki, Yin yang hilang ketika berada di kompleks membeli-belah SOGO. Kali ini, negara gempar lagi dengan kehilangan seorang kanak perempuan, Nurin Jazlin. Lebih malang, semalam berita memaparkan mayat yang dijumpai 17 September lalu adalah mayat Nurin. Ibu bapa kanak malang tersebut, mengatakan itu bukanlah anak mereka, Nurin. Tetapi ujian sains telah membuktikan kanak-kanak tersebut ada kaitan dengan Jazimin dan isterinya.

Kita doalah moga-moga negara kita akan selamat diduduki. Sebab itu, peranan kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan pihak berkuasa amat penting bagi memastikan rakyat Malaysia tidak takut berada di negara sendiri. Jika keadaan ini berlarutan, mungkin ramai kalangan kita yang menghantar anak mereka ke luar negara dan kemungkinan juga ada yang akan berhijrah jika keadaan negara kita belum selamat.

Baik bagi kanak-kanak, perempuan, lelaki, tua dan muda, penjenayah tidak mengenal status, yang mereka tahu, nafsu dan keinginan dilepaskan dengan begitu kejam. Polis boleh bertindak dengan adanya Cawangan Khas yang boleh membantu meringankan Unit Polis yang lain dan sekarang masanya kita pastikan negara Malaysia benar-benar selamat dan merdeka dari ancaman jenayah.

Al Fatihah.

 


Posted at 05:46 am by techno_daie
Comment (1)
 




Monday, September 10, 2007
Allahuma Baligna Ramadhan

RAMADHAN kini menghampiri kita. Jika bukan Rabu, maka kita akan berpuasa pada Khamis. Hanya tinggal dua hari sahaja. Banyak petua sudah diberikan oleh alim ulama, para pengkaji tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Juga banyak hukum berkisar puasa akan mula ditimbulkan untuk memberi keselesaan dan keyakinan apabila berpuasa kelak. Nabi Muhammad SAW sarankan kita sentiasa berdoa agar kita dapat menemui Ramadhan.

Kerana apa? Umum mengetahui Ramadhan mengandungi malam yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan dengan syarat-syaratnya. Amalan fardu, sunat ada kelebihan tersendiri pada bulan Ramadhan. Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya terhindar dari api neraka. Mudahan kita memperolehi ganjaran yang disebutkan oleh nabi, kalam Allah dan akhirnya kita kembali kepada fitrah apabila selesai kita berpuasa Ramadhan. Dan yang lebih penting, amalan puasa kita diterima oleh Allah agar lapar dan dahaga kita tidak sia-sia disebabkan percampuran makruf dan mungkar.

Ramadhan Karim!!


Posted at 06:03 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Tuesday, August 07, 2007
50 Tahun Merdeka: Rakyat Malaysia Lebih Teruk Dari Binatang?

KURANG sebulan Malaysia akan menyambut Jubli Perak 50 Tahun Kemerdekaan. Rupanya sudah 50 tahun usia negara kita. Jika dibandingkan dengan usia manusia, mereka ada yang bermenantu, bercucu dan tidak lama lagi akan pencen! Bila sudah matang begini, maka orang dibawah dilihat mesti matang, perwatakan tidak boleh ketika usia remaja apatahlagi ketik kanak-kanak. Maka pemikiran rakyat Malaysia sepatutnya tidak kembali ke belakang. Bak kata satu iklan merdeka petronas, kita mesti pandang ke hadapan, bukan ke belakang. Hakikatnya, pemikiran sebilangan penduduk Malaysia sudah kembali seperti zaman purba lama.

Jenayah melibatkan orang Malaysia seakan menakutkan. Bukan takut orang yang tidak dikenali, tetapi orang yang rapat, saudara, anak, ibu, kakak, abang atau bapa kini seakan tidak boleh dipercayai. Lihatlah beberapa kes, suami cekik isteri sampai mati, kenalan bunuh kawan rapat, jiran bunuh jiran, datuk merogol cucu, anak kelar ibu, ayah bunuh anak dan pelbagai kes yang saban hari kita mendengarnya. Hatta berasa takut untuk mempercayai manusia lagi. Hanya Allah tempat bergantung. Jika kita lihat, binatang garang dan terkenal dengan bahayanya juga menyayangi anak binatang tersebut. Harimau akan sentiasa menjaga anaknya sehingga dewasa. Memastikan keselamatan anak-anak harimau terjaga dari dibunuh oleh binatang lain. Tetapi masih ada manusia yang lebih teruk dari sikap binatang ini. Di mana kita meletakkan harga diri kita? Tanya dan fikirkan semasak-masaknya, adakah kita layak dipanggil khalifah yang ditugaskan menjaga keamanan, kasih-sayang di muka bumi ini. Salam Merdeka untuk Anda!


Posted at 08:48 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Sunday, August 05, 2007
50 Tahun Merdeka: Ibu Bapa Buat Hal

NUTP saman ibu bapa buat laporan palsu

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengambil keputusan menyaman ibu bapa yang membuat laporan palsu mengenai salah laku guru di sekolah kepada media sehingga menjejaskan imej dan maruah guru.

Ini berikutan NUTP mengesan tiga kes palsu di Kedah membabitkan guru di Sekolah Menengah (SM) Bakar Arang, Sungai Petani; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Tun Sambanthan, Bukit Lembu dan SRJKT Kalaimagal yang dituduh tanpa bukti kukuh.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kerja NUTP kelmarin bertujuan menegakkan kebenaran dan melindungi guru daripada tuduhan tidak berasas ibu bapa.

Beliau juga menuntut ibu bapa terbabit memohon maaf secara terbuka.Lok yang yakin banyak lagi kes sedemikian dilaporkan kepada media berkata, tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa itu menyebabkan guru sentiasa bimbang dan resah untuk melakukan tugas mereka.

“Kini didapati ramai guru menjadi mangsa tuduhan ibu bapa sehingga guru dan keluarga mereka terpaksa menanggung malu.

“Seperti kes di SJKT Kalaimagal, kehidupan guru terbabit sangat terjejas dan keluarganya juga mendapat malu kerana ia mendapat liputan meluas media.

“Ibu bapa tidak seharusnya memberi tunjuk ajar kepada anak mereka dengan cara memalsukan fakta dan menuduh tanpa bukti kerana pada akhirnya, anak itu juga akan menerima kesan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada 24 Julai lalu, seorang suri rumah mendakwa guru di SRKJT Kalaimagal merotan anak perempuannya berusia tujuh tahun di kaki, perut, tangan dan belakang badan serta mencekiknya sebagai hukuman kerana tidak membaca dengan kuat.

Dalam kes di SM Bakar Arang, April lalu, ibu bapa seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa anaknya dipukul, ditendang dan ditolak oleh guru disiplin sekolah terbabit sehingga patah tangan dan lebam seluruh badan.

Lok berkata, ibu bapa sepatutnya menggunakan kaedah yang betul dengan melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak sekolah terlebih dulu dan melanjutkan ke Jabatan Pendidikan jika masih tidak dapat diselesaikan sebelum menyampaikannya kepada media.

“Media seharusnya digunakan sebagai jalan terakhir jika merasakan mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan biarlah fakta yang diberikan itu tepat. Selidik dulu kesahihan setiap maklumat mereka,” katanya.

Beliau menganggap keadaan itu (melaporkan kepada media) kini menjadi ‘trend terkini’ ibu bapa.
 

Posted at 07:03 am by techno_daie
Komen Anda
 




Wednesday, July 18, 2007
Al Fatihah.

PETANG Jumaat, berita melaporkan helikopter nuri milik TUDM hilang perhubungan dari menara kawalan setelah berada 10 minit di udara. Setelah lima hari, akhirnya helikopter nuri ditemui kira-kira 5 kilometer dari lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Semua yang berada di dalam helikopter malang tersebut terkorban. Ini menjadikan mangsa korban helikopter nuri bertambah sejak lewat 60-an.

Saya yang mengikuti perkembangan melalui televisyen, internet dan akhbar terasa sayu dan sedih melihat ayah, saudara mangsa korban nuri menerima takdir yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah. Akhirnya, berita yang muktamad, kesemuanya terkorban. Moga ianya adalah mati syahid kerana bertugas kerana negara. Al Fatihah...


Posted at 04:00 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Saturday, July 14, 2007
50 Tahun Merdeka: Pengorbanan Seorang Tua.

CERITA PASANG SIAP. BANYAK SILAPNYA.

 

ALI seorang budak yang nakal. Setiap hari, sentiasa membuatkan ibu dan ayahnya menggeleng kepala melihat sikap dan tingkahlakunya. Saban hari, minggu dan bulan pasti ada orang yang mengomel akan sikap Ali. Bagi Ali, tiada siapa yang dia perlu pedulikan, janji dia bahagia. Usia muda kanak-kanak sememangnya tidak kenal akan usaha jerih dan nasihat orang-orang tua. Pernah satu hari, bukan sahaja dia 'menentang' orang kampung, tetapi orang tua sendiri.

Ibunya berasa hati dengan sikapnya. Pernah Ali mempersoalkan kenapa dia menjadi seolah-seolah 'kuli' kepada ibu dan ayahnya. Sudahlah zaman tersebut, tiada kereta, basikal untuk dimiliki oleh insan yang hidup serba kekurangan. Suruh ke kedai, ada sahaja alasan. Suruh menolong ke kebun, dikatanya menyekat bermain dengan kawan-kawan.

Kini, Ali sudah remaja. Dia baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah. Keputusan yang diperolehi membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ali mendesak ibu dan ayahnya supaya mencari duit. Demi anak tunggal, si ibu dan ayah kerja siang malam mencari duit. Nanti takut anak mereka merajuk. Demi anak, apa sahaja sanggup dibuat. Ali tetap seperti dahulu. Tidak pernah ingin membantu orang tuanya. Apatah lagi jimatkan duit yang. Ada sahaja permintaan setiap hari dari Ali untuk meminta duit dari ayahnya. Sikap ini terus menerus berlarutan.

Di luar negara, Ali berlagak seperti anak orang kaya. Malaysia ditinggalkan tanpa ingat insan yang mengharap kepulangan Ali nanti. Setiap hari, kehidupan barat meresapi dalam diri Ali. Sehingga satu hari, ada sesuatu yang membuatkan Ali berubah. Ali memasuki rumah Malaysia dan terlihat satu ceramah yang membangkitkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia luar negara. Ada sesuatu dalam isi ceramah tersebut yang membuatkan Ali berfikir lama. Pengorbanan yang disebut oleh penceramah tadi seolah-olah mengingat semula atas pengorbanan orang tuanya mencari duit untuk kepentingan dirinya.

Sehingga satu hari, Ali berhajat pulang ke Malaysia. Bersama meraikan kejayaan Malaysia mencapai kemerdekaan. Janji Ali ingin meminta maaf dan restu dari ayah dan ibunya. Sampai di Airport, Ali mencari kelibat ayah dan ibunya. Tetapi yang ada hanyalah Pak Long. Ali bertanya kepada Pak Long, di mana ibu dan ayahnya. Pak Long hanya menjawab pulang dahulu ke rumah.

Di rumah, sanak saudara Ali sudah berkumpul. Seperti menyambut kepulangan wira Malaysia yang akan berbakti kepada bangsa Malaysia kelak. Ali terus bertanya di mana kedua orang tuanya. Ali dihidangkan makanan. Pertanyaan yang tidak dijawab terus ditanya kepada Mak Langnya pula. Mak Langnya hanya meminta Ali menghabiskan makanannya dahulu.

Seusai makan, Ali diajak ke ruang tamu. Kelihatan Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang duduk di kusyen yang sudah nampak usang. Mereka seolah menyusun kata.

"Cuba Ali lihat, siapa yang tiada bersama dengan kita?" Lemah pertanyaan Pak Long.

Ali seperti sudah menduga. Dilihatnya Mak Lang sudah tunduk dan perlahan-lahan mengalirkan titisan air mata. Ali kuatkan semangat.

"Ibu dan ayah.." Jawab Ali.

"Begini, harap kita semua bertenang dan Ali tidak berasa menyesal. Ibu dan ayahmu sudah tiada..." Pak Lang meneruskan kata tersebut.

Seperti di panah petir, hati Ali bergocak. Air mata sudah mengalir dan semakin laju turun dari kelopak mata. Hajat Ali tidak kesampaian ingin meminta maaf. Perasaan menyesal terus bersarang di dalam diri Ali. Ali tidak dapat menahan kesedihan, dipeluknya oleh Mak Lang dan hadirin yang bertamu, seperti satu irama, mengalunkan kesedihan yang ditanggung oleh Ali.

Kini, sudah 50 tahun Ibu dan Ayahnya meninggal dunia. Jasa mereka Ali belum terbalas oleh Ali. Perasaan sentiasa menghimpit perasaan apabila tiba detik 31 Ogos. Pengorbanan untuk melihat dia berjaya seolah-olah seperti wira negara yang inginkan Malaysia di isi dengan rakyat yang berilmu dan berjasa kepada negara. Kini Ali menumpahkan setia dan jasanya kepada Malaysia.


Posted at 08:07 am by techno_daie
Komen Anda
 




Saturday, June 30, 2007
50 Tahun Merdeka: 3 Hotel Sahaja di Selangor Ada Sijil Halal

SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Hanya tiga hotel yang beroperasi di Selangor setakat ini mendapat sijil pengiktirafan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Pengarah JAIS, Mohammed Khusrin Munawi, berkata hotel yang mendapat sijil halal itu ialah Hotel Dayang di Petaling Jaya serta Hotel Grand Blue Wave dan Hotel Concorde, kedua-duanya di sini.

Hari ini Hotel Concorde Shah Alam menerima tiga sijil halal untuk tiga dapur utama iaitu dapur pastry, dapur utama dan dapur coffee house, yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil kepada pengerusi hotel itu, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Turut hadir ialah Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Mohammed Khusrin berkata permohonan mendapatkan sijil halal daripada JAIS dibuat secara sukarela kerana masih tidak ada undang-undang yang mewajibkan premis menjual makanan memohon mendapatkan sijil halal bagi perniagaan mereka.

"Halal ini bukan setakat sembelihan dia (tetapi juga) campuran dia, minyak dia, dari mana dia dapat, kita kena check dia punya detail," katanya.

Beliau berkata JAIS mempunyai cukup kakitangan untuk menjalankan penguatkuasaan atau pemeriksaan selain mempunyai pegawai teknologi pemakanan yang membantu pegawai Syariah.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) turut menganggotai panel yang meluluskan permohonan sijil halal yang dikeluarkan.

Syed Yusof pula berkata dengan pengurniaan sijil itu, hotel berkenaan berharap dapat menyumbang kepada misi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai halal hab di rantau ini.

Katanya hotel itu mempunyai jawatankuasanya sendiri bagi memastikan bekalan, pembekal, ramuan, bahan bahkan pekerja serta menunya, mematuhi sijil halal berkenaan kerana ia memberikan hotel itu satu kelebihan.

-----------------------

Wah! ini memeranjatkan. Sudah berapa banyak majlis, kegiatan sosial melibatkan orang Islam mungkin diadakan selain 3 hotel tadi. Agaknya berapa ratus kilogram sudah masuk ke perut kita. Harapnya selepas ini, berhati-hati la eh. Pertanyaan, Hotel Seri Malaysia ada di Selangor?


Posted at 06:33 am by techno_daie
Komen Anda
 




Friday, June 29, 2007
Tragedi Pelajar Malaysia di Mesir

CERITA ini sudah lama. Almarhum sudah berada di dalam bumi. Bukan ingin bercerita benda yang sebenarnya banyak pendapat dan penglipur lara dalam kejadian ini. Hanya mereka yang berada sekeliling mangsa dan suspek sahaja yang tahu cerita sebenar. Ajal maut ditangan tuhan, betul. Perit ibu menahan sedih kehilangan anak. Betul. Tetapi yang ada jangan kita melakukan tugas tuhan dan menambah perit si ibu. Al fatihah.

Ok. Di sini beberapa gambar yang dapat kita gambarkan bagaimana dahsyat kejadian tersebut. Hanya gambar sebagai bukti kita. Yang lain, jangan kita menjadi pak kaduk yang menjaja cerita. Saksikan..


Posted at 07:59 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Friday, June 22, 2007
50 Tahun Malaysia.

GURU hari ini sudah boleh dipertikai. Semua orang makin berani memarahi, mencela dan apa sahaja yang berbentuk negatif kepada guru. Kisah orang lama, zaman dahulu, orang kampung, ketua kampung, Tok Batin sangat hormatkan guru. Kata-kata guru tidak boleh dipertikaikan. Mereka diangkat seperti ulama zaman dahulu. Itu kisah dahulu.

Kisah selepas 50 tahun, sudah berubah. Tidak hairan, ibu bapa sekarang suka bawa guru ke mahkamah, saman sana situ. Anak-anak mereka sudah mula pandai melawan guru, jika diambil tindakan disiplin, guru juga yang kena. Sebab itu, pelajar sekarang sudah bongkak. Mereka tidak takut sebab ibu bapa inilah yang pertahankan mereka. Sikap dan perbuatan 'camne' pun, guru tetap bersalah merotan, memperli anak mereka. Ditambah lagi dengan tekanan Kementerian Pelajaran yang mengeluarkan kod disiplin, maka minyak pelajar sudah ditahap mendidih.

Ini boleh kita simpulkan dari sikap segelintir ibu bapa yang masih tidak menghormati profesion guru, sedangkan guru bukan dibayar gaji untuk perkhidmatan, malah dibayar untuk melaburkan anak mereka supaya menjadi anak yang terbaik sesuai dengan kempen modal insan. Jika pihak di atas pun mengikut telunjuk ibu bapa ini, maka tiadalah tempat guru mengadu. Sudahlah dibebankan dengan pelbagai tugas sehingga melebihi had yang ditetapkan ILO.

Sikap negatif terhadap guru ini kita dapat lihat di dada akhbar, orang sudah pandai memperlekehkan guru, mempertikaikan hak guru. Yang penting bagi mereka, anak mereka sahaja. Cukuplah ibu bapa yang membebankan emosi, perasaan guru, jangan pula pihak yang sepatutnya melindungi guru, turut sama mendendangkan irama yang nampak 'busuk'.

Jika makin ramai bersikap demikian, suruh anak anda belajar dengan anda dan jangan hantar ke sekolah.


Posted at 07:41 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Thursday, June 07, 2007
Salam dari IPIS.

SEKARANG saya memang tidak ada waktu yang terluang untuk menulis di dalam ruangan blog ini. Keterbatasan masa, ruang dan idea benar-benar membuatkan saya terfikir untuk berhenti sahaja. Tetapi, setelah berfikir secara reflektif, keputusannya saya tidak berhenti terus tetapi akan lebih jarang menulis. Maka, apa yang berlaku, segala pertanyaan, artikel yang saya rasa perlu ditulis memang tidak dapat dipenuhi.

InsyaAllah jika ada perkembangan dan isu yang perlu diulas, saya akan kembali semula. Doakan saya punyai waktu seperti mana saya di Mesir dahulu.


Posted at 02:27 pm by techno_daie
Komen Anda
 




Next Page
 

Saya bukanlah yang terbaik. Saya hanya seorang manusia yang inginkan kehidupan yang benar-benar mengetahui bahawa diri ini adalah milik Pencipta yakni Allah. Tidak mahu berlaku angkuh dan sombong serta memperdaya kerana sedar diri ini bukan mempunyai kuasa yang mutlak selama-lamanya. Tidak salah menjadi seorang yang banyak ilmunya. Tetapi amat malang sekiranya tidak beramal dengan apa yang dituntut. Hubungi email via ym: mhilmy3006@yahoo.com

Anda boleh view about Malaysia...sila klik..

online







 

:: Ni banner saya ::







   

 

HUKAMA'

 

 
<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31









:: Informasi ::

 






<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

 






 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed