Techno Daie
Pembunuh Yang Kejam.
      <description>KITA pernah digemparkan dengan kehilangan kanak lelaki, Yin yang hilang ketika berada di kompleks membeli-belah SOGO. Kali ini, negara gempar lagi dengan kehilangan seorang kanak perempuan, Nurin Jazlin. Lebih malang, semalam berita memaparkan mayat yang dijumpai 17 September lalu adalah mayat Nurin. Ibu bapa kanak malang tersebut, mengatakan itu bukanlah anak mereka, Nurin. Tetapi ujian sains telah membuktikan kanak-kanak tersebut ada kaitan dengan Jazimin dan isterinya.
Kita doalah moga-moga negara kita akan selamat diduduki. Sebab itu, peranan kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan pihak... (more)</description>
Allahuma Baligna Ramadhan
      <description>RAMADHAN kini menghampiri kita. Jika bukan Rabu, maka kita akan berpuasa pada Khamis. Hanya tinggal dua hari sahaja. Banyak petua sudah diberikan oleh alim ulama, para pengkaji tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Juga banyak hukum berkisar puasa akan mula ditimbulkan untuk memberi keselesaan dan keyakinan apabila berpuasa kelak. Nabi Muhammad SAW sarankan kita sentiasa berdoa agar kita dapat menemui Ramadhan. 
Kerana apa? Umum mengetahui Ramadhan mengandungi malam yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan dengan syarat-syaratnya. Amalan fardu, sunat ada... (more)</description>
50 Tahun Merdeka: Rakyat Malaysia Lebih Teruk Dari Binatang?
      <description>KURANG sebulan Malaysia akan menyambut Jubli Perak 50 Tahun Kemerdekaan. Rupanya sudah 50 tahun usia negara kita. Jika dibandingkan dengan usia manusia, mereka ada yang bermenantu, bercucu dan tidak lama lagi akan pencen! Bila sudah matang begini, maka orang dibawah dilihat mesti matang, perwatakan tidak boleh ketika usia remaja apatahlagi ketik kanak-kanak. Maka pemikiran rakyat Malaysia sepatutnya tidak kembali ke belakang. Bak kata satu iklan merdeka petronas, kita mesti pandang ke hadapan, bukan ke belakang. Hakikatnya, pemikiran sebilangan penduduk Malaysia sudah kembali seperti zaman... (more)</description>
50 Tahun Merdeka: Ibu Bapa Buat Hal
      <description>NUTP saman ibu bapa buat laporan palsu
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengambil keputusan menyaman ibu bapa yang membuat laporan palsu mengenai salah laku guru di sekolah kepada media sehingga menjejaskan imej dan maruah guru.
Ini berikutan NUTP mengesan tiga kes palsu di Kedah membabitkan guru di Sekolah Menengah (SM) Bakar Arang, Sungai Petani; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Tun Sambanthan, Bukit Lembu dan SRJKT Kalaimagal yang dituduh tanpa bukti kukuh.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata keputusan itu dibuat... (more)</description>
Al Fatihah.
      <description>PETANG Jumaat, berita melaporkan helikopter nuri milik TUDM hilang perhubungan dari menara kawalan setelah berada 10 minit di udara. Setelah lima hari, akhirnya helikopter nuri ditemui kira-kira 5 kilometer dari lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Semua yang berada di dalam helikopter malang tersebut terkorban. Ini menjadikan mangsa korban helikopter nuri bertambah sejak lewat 60-an. 
Saya yang mengikuti perkembangan melalui televisyen, internet dan akhbar terasa sayu dan sedih melihat ayah, saudara mangsa korban nuri menerima takdir yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah. Akhirnya, berita... (more)</description>
50 Tahun Merdeka: Pengorbanan Seorang Tua.
      <description>CERITA PASANG SIAP. BANYAK SILAPNYA.
ALI seorang budak yang nakal. Setiap hari, sentiasa membuatkan ibu dan ayahnya menggeleng kepala melihat sikap dan tingkahlakunya. Saban hari, minggu dan bulan pasti ada orang yang mengomel akan sikap Ali. Bagi Ali, tiada siapa yang dia perlu pedulikan, janji dia bahagia. Usia muda kanak-kanak sememangnya tidak kenal akan usaha jerih dan nasihat orang-orang tua. Pernah satu hari, bukan sahaja dia 'menentang' orang kampung, tetapi orang tua sendiri.
Ibunya berasa hati dengan sikapnya. Pernah Ali mempersoalkan kenapa dia menjadi seolah-seolah 'kuli'... (more)</description>
50 Tahun Merdeka: 3 Hotel Sahaja di Selangor Ada Sijil Halal
      <description>SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Hanya tiga hotel yang beroperasi di Selangor setakat ini mendapat sijil pengiktirafan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
Pengarah JAIS, Mohammed Khusrin Munawi, berkata hotel yang mendapat sijil halal itu ialah Hotel Dayang di Petaling Jaya serta Hotel Grand Blue Wave dan Hotel Concorde, kedua-duanya di sini.
Hari ini Hotel Concorde Shah Alam menerima tiga sijil halal untuk tiga dapur utama iaitu dapur pastry, dapur utama dan dapur coffee house, yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat... (more)</description>
Tragedi Pelajar Malaysia di Mesir
      <description>CERITA ini sudah lama. Almarhum sudah berada di dalam bumi. Bukan ingin bercerita benda yang sebenarnya banyak pendapat dan penglipur lara dalam kejadian ini. Hanya mereka yang berada sekeliling mangsa dan suspek sahaja yang tahu cerita sebenar. Ajal maut ditangan tuhan, betul. Perit ibu menahan sedih kehilangan anak. Betul. Tetapi yang ada jangan kita melakukan tugas tuhan dan menambah perit si ibu. Al fatihah.
Ok. Di sini beberapa gambar yang dapat kita gambarkan bagaimana dahsyat kejadian tersebut. Hanya gambar sebagai bukti kita. Yang lain, jangan kita menjadi pak kaduk yang menjaja... (more)</description>
50 Tahun Malaysia.
      <description>GURU hari ini sudah boleh dipertikai. Semua orang makin berani memarahi, mencela dan apa sahaja yang berbentuk negatif kepada guru. Kisah orang lama, zaman dahulu, orang kampung, ketua kampung, Tok Batin sangat hormatkan guru. Kata-kata guru tidak boleh dipertikaikan. Mereka diangkat seperti ulama zaman dahulu. Itu kisah dahulu.
Kisah selepas 50 tahun, sudah berubah. Tidak hairan, ibu bapa sekarang suka bawa guru ke mahkamah, saman sana situ. Anak-anak mereka sudah mula pandai melawan guru, jika diambil tindakan disiplin, guru juga yang kena. Sebab itu, pelajar sekarang sudah bongkak. Mereka... (more)</description>
Salam dari IPIS.
      <description>SEKARANG saya memang tidak ada waktu yang terluang untuk menulis di dalam ruangan blog ini. Keterbatasan masa, ruang dan idea benar-benar membuatkan saya terfikir untuk berhenti sahaja. Tetapi, setelah berfikir secara reflektif, keputusannya saya tidak berhenti terus tetapi akan lebih jarang menulis. Maka, apa yang berlaku, segala pertanyaan, artikel yang saya rasa perlu ditulis memang tidak dapat dipenuhi.
InsyaAllah jika ada perkembangan dan isu yang perlu diulas, saya akan kembali semula. Doakan saya punyai waktu seperti mana saya di Mesir dahulu.</description>